Friday, May 27, 2011

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN KESIHATAN

Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

Ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Ia boleh bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal. Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

Memfokuskan kepada setiap individu

Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang
kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.

Menentukan status semasa

Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :

a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan
e) Menentu aktiviti tertentu.

Memilih wakil

Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.

Memotivasikan individu

Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.

Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani

Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan. Penilaian memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.

Membekalkan maklumat untuk kajian lain

Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.

Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan, yang juga dikenali sebagai ujian mental, ialah ujian yang digunakan
untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu.
Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang
48 OUM. pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796. Ujian ini terus berkembang apabila Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental dan
pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat
dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt, Cattell dan Binet (Abu Bakar,
1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon. Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai. Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:
➢ Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan
➢ Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor


KESIHATAN

 Komposisi Badan
 Fleksibiliti
 Daya Tahan Kardiovaskular
 Kekuatan Otot
 Daya Tahan Otot


KEMAHIRAN MOTOR

 Kelajuan
 Koordinasi
 Ketangkasan
 Kuasa
 Imbangan
 Masa Reaksi