Wednesday, July 20, 2011

Pertandingan Pergerakan Kreatif Tahun 4 Amanah 2011

Tahniah! Kepada Pasukan DUCK Yang telah berjaya mengalahkan Pasukan pilihan, BEAR untuk muncul juara.

Friday, May 27, 2011

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN KESIHATAN

Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

Ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Ia boleh bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal. Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

Memfokuskan kepada setiap individu

Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang
kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.

Menentukan status semasa

Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :

a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan
e) Menentu aktiviti tertentu.

Memilih wakil

Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.

Memotivasikan individu

Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.

Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani

Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan. Penilaian memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.

Membekalkan maklumat untuk kajian lain

Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.

Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan, yang juga dikenali sebagai ujian mental, ialah ujian yang digunakan
untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu.
Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang
48 OUM. pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796. Ujian ini terus berkembang apabila Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental dan
pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat
dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt, Cattell dan Binet (Abu Bakar,
1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon. Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai. Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:
➢ Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan
➢ Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor


KESIHATAN

 Komposisi Badan
 Fleksibiliti
 Daya Tahan Kardiovaskular
 Kekuatan Otot
 Daya Tahan Otot


KEMAHIRAN MOTOR

 Kelajuan
 Koordinasi
 Ketangkasan
 Kuasa
 Imbangan
 Masa Reaksi

Friday, February 18, 2011

YoYo Test



The Yo-Yo tests contain running activities that are relevant for many sports. The tests can be performed by both men and women of all ages. The tests can also be used for assessing the physical capacity of young athletes.
The basics of the tests are simple. For the Yo-Yo endurance test, two markers are positioned at a distance of 20 meters. The CD is placed in a CD player and the test can be performed. The individual begins to run forward 20 meters at the time of a signal given on the CD. The running speed should be adjusted, so that he or she reaches the 20 meters marker exactly at the time of the next signal. A turn is made at the 20 meters marker and the individual runs back to the first marker, which has to be reached at the time of the next signal. If an individual runs the distance too quickly he or she must wait at the marker until the next signal.
The principles of the Yo-Yo intermittent endurance test and the Yo-Yo intermittent recovery test are similar to the Yo-Yo endurance test, except in the intermittent tests the participants have a short active break (5 and 10 seconds for the endurance and recovery test, respectively).

Illinios Agility Test



Illinois Agility Test Setup

8 cones
1 stop watch
How to perform the Illinois Agility test

The athlete will start on his or her stomach at the starting cone. (The animated drill is not able to show an athlete lying on their stomach, but it should be done this way anyways.)
The athlete will start on a "ready-set-go" countdown. You should start the start the watch when you say GO.
The athlete then must sprint as fast as possible around all the cones as shown in the animation without knocking them down.
The stop watch will stop when the athlete crosses the finish line.
Test each athlete 2 times and rest fully in between each rep. General Testing Guidelines To keep the Illinois agility test consistent all the above measures should be followed each and every time. If you perform the agility test on a dry day on grass the first time, then perform the test the same way the second time. Otherwise the test will be in valid and not provide the consistent results you need.

Tuesday, January 18, 2011

Kerja Kumpulan PJPK Tahun 4 / 2011

18 Januari 2011, Kelas 4 Amanah.

Tahniah! Kumpulan Bear yang telah berjaya muncul johan persembahan KK 1. Kump Bear telah mempersembahan satu persembahan yang menarik dan telah menunjukkan kerjasama dan komitmen yang tinggi.

Friday, January 7, 2011

Permainan Kecil 2: Siapa Lambat Jadi.

1. Murid membentuk bulatan dan diberi nombor dari 1 dan seterusnya.

2. Seorang murid dipilih untuk menjadi "datuk/nenek" dan berdiri di tengah bulatan dengan memegang pembaris 1 meter. "datuk/nenek" akan memanggil satu daripada nombor-nombor dan melepaskan pembaris tersebut.

3. Murid yang nombornya telah dipanggil, mesti menangkap pembaris itu sebelum ia jatuh ke lantai. Jika dia gagal dia menjadi "datuk/nenek".

Thursday, January 6, 2011

Permainan Kecil 1: SIAPA DULU

Keterangan:

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang sama ramai, tidak melebihi daripada 15 orang, seorang menjadi ketua.

2. Tiap-tiap kumpulan dibahagikan kepada 2 pasukan, A dan B.

3. Tiap-tiap pasukan berbaris sebelah menyebelah di belakang garisan yang ditandakan dengan tali. Pasukan A menghadap Pasukan B, jarak 2o meter.

4. Letakan 1 gelun rotan di tengah kawasan antara kedua pasukan. 1 pundi kacang diletakkan di dalam gelung.

5. Tiap-tiap murid diberi nombor.

6. Apabila ketua menyebut salah satu nombor, murid dari kedua-dua pasukan yang mewakili nombor itu hendaklah berlari ke arah gelung rotan dan cuba mengambil pundi kacang.

7. Murid yang dapat dahulu pundi kacang berlari balik ke garisannya tanpa disentuh oleh murid pasukan lawan dikira berjaya dan pasukannya mendapat 1 mata. Tetapi jika dia disentuh sebelum sampai di garisannya, permainan hendaklah dimulakan sekali lagi dengan ketua menyebut nombor lain pula. Nombor yang sama boleh juga diulang.

8. Pasukan yang mendapat lebih mata dikira menang.